Friday 27 July 2012

Digital Book Toy Story

Mencetus minat membaca boleh dipupuk dalam jiwa setiap anak. Rasa ingin tahu menerusi perkataan dan gambar boleh disuburkan melalui minat mereka dalam filem animasi yang mereka pernah tonton.


Kami sangat tertarik dengan Digital Book Toy Story ini. Jika ini kali pertama anda mendengar atau melihat Toy Story disini, kami ucapkan "Selamat Datang ke planet bumi!"


Anak-anak boleh menonton filem animasi ini berulang kali tanpa rasa jemu. Pengulangan mempercepatkan proses kefasihan. 



Buku digital ini memberi peluang kepada pembaca atau pengguna berinteraksi dalam pelbagai cara. Terdapat pilihan mod untuk young reader atau normal. Ada juga skrin ntuk diwarnakan serta dua games yang ringkas dan menarik.



Bagi anak yang boleh membaca dan pernah menonton, tentu ingin tahu lirik lagu tema filem ini. Di sini ia dipaparkan untuk dinyanyikan bersama. Video klip lagu itu juga disertakan.



Anak-anak boleh merakam bacaan mereka. Pilih mod rakaman dan ibubapa boleh mendengar kembali bacaan anak-anak. Mereka sendiri sudah tentu suka mendengar suara sendiri!

 

Digital Book Toys Story ini adalah app iPad. Selepas mencari, kami terjumpa banyak buku digital lain yang diadaptasi dari filem-filem animasi Disney seperti Kung Fu Panda, Cars dan banyak lagi.

Pilih filem kegemaran seisis keluarga.  Tonton berulangkali.

 Go ahead and start! Have fun catching English the FBI way!

No comments:

Post a Comment