Thursday 26 July 2012


Children Better Prepared For School If Their Parents Read Aloud To Them

ScienceDaily (May 12, 2008) — Young children whose parents read aloud to them have better language and literacy skills when they go to school, according to a review published online ahead of print in the Archives of Disease in Childhood.
--------------------------------

Membaca dengan suara memberi manfaat kepada anak-anak.  Ia memupuk sifat suka membaca sejak awal.  Apa yang boleh dilakukan oleh ibu bapa sebagai fasilitator pembelajaran anak-anak?

Go beyond reading words.  Sebagai seorang PLF (professional learning facilitator), ibu ayah berperanan memetik suis ingin tahu di dalam minda anak-anak.  

1. Apabila cerita disertakan gambar, ajukan soalan kepada si kecil, apa yang mereka nampak.

2.  Terangkan maksud cerita.  Tanya apa yang mereka faham.

3.  Dorong mereka untuk ceritakan semula.  Bagus jika cerita yang dibaca dapat dikaitkan dengan kisah lain.  Tidak salah jika terkeluar topik.  Dialu-alukan!

Cerita yang dibaca ialah 'trigger' untuk memandu mereka memahami dunia sekeliling.  

Petikan artikel di atas (Science Daily) menerangkan bahawa gaya cerita dibaca memberi lebih kesan berbanding kekerapan aktiviti ini dilakukan.

Menarik dikongsi, gaya penceritaan ibu bapa middle-class berbeza dengan ibu bapa working class.

Golongan middle class menggunakan gaya yang lebih interaktif.  Ada elemen dua hala.  Mereka membuat hubungkait antara cerita yang dibaca dengan pengalaman yang pernah dilalui.  

Ibu bapa juga menerangkan maksud perkataan baru kepada anak-anak.

Seperkara lagi, motif watak-watak dalam cerita juga dibincangkan.

Berbeza dengan golongan working class yang lebih selesa menerangkan gambar dan terhad kepada cerita sahaja.

Bagi ibu ayah yang menjadi pembaca, read aloud membantu anda:


1.  Membaca perkataan satu persatu.  This is a good practice for pronunciation.  
2.  Membaca dengan tempo lebih perlahan.  You read every word and this helps you and the child to catch what the story is about.
3.  Melihat 'grammar in action'.  
4.  Merangsang otak (dipetik dari buku Train the Brain oleh Dr Kawashima)




Think:  We recite the Quran - read with voice.  Read aloud.  Magical!

No comments:

Post a Comment