Berkenalan dengan Perkataan
" A word is like a face."
"Phrases are like faces."
Setiap hari kita bertembung dengan pelbagai perkataan Inggeris.
Ada yang kita kenal rapat, ada yang biasa-biasa, ada yang kita belum tahu.
Mahu kenal rapat dengan manusia, kita ambil masa. Bertanya soalan, susun pertemuan sehingga wajah itu lekat di ingatan.
Begitu juga dengan perkataan dan ungkapan Inggeris. Jika sebelum ini kita sekadar 'bertembung'
dan biarkan ia berlalu, sekarang kita ambil masa belajar tentangnya.
Contoh: walk = jalan
Bukankah menarik apabila kita boleh mempelbagaikan perkataan walk dalam perbualan dan penulisan?
Walk mempunyai ramai adik-beradik.
Antaranya, march, stroll, tiptoe, skip, cruise, limp, stagger, saunter, stride.
Belum lagi kita masukkan sepupunya jump, hop, leap.
Ambil masa bagi berkenalan dengan perkataan kegemaran anda.
Hasilnya, pokok vocab anda tumbuh lebat dan bahasa anda menjadi lebih ekspresif.
Stay tuned! Saya akan berkongsi EMPAT adik-beradik walk dalam video seterusnya.