Saturday 4 August 2012

Selitkan English sambil berseronok di taman





Taman permainan adalah tempat terbaik untuk ibu ayah menggunakan bahasa Inggeris dengan anak-anak.  Di sini tempat mereka beraksi - berlari, memanjat, menggelungsur, bergolek dan ada kalanya berebut.  

Ambil kesempatan ini menjadi fasilitator pembelajaran anak-anak.  Pasakkan segala input berharga ke dalam minda mereka.

Go ahead and use English with them.  Lebih baik kita modelkan dahulu  keselambaan kita berbahasa Inggeris daripada menyuruh mereka "Speak English."

All the best!


Adik-beradik WALK: march & stroll



Why use plain, old 'walk' when you can make your English more stylish?

Bahasa Inggeris bahasa yang deskriptif.  Ada lebih daripada 50 sinonim bagi perkataan walk yang menggambarkan cara berjalan yang berbeza.

Berjalan laju, perlahan, dengan tujuan, tanpa arah, berjalan di tempat awam, bergegas.. banyak lagi!

Dua contoh yang digunakan di dalam video di atas:

(1) marchusage: walk fast, with regular or measured steps; walk with a stride; "He marched into the classroom and announced the exam"; "The soldiers marched across the border"



Read more: Synonyms of marches — Infoplease.com 
http://thesaurus.infoplease.com/marches#ixzz22Hh6WsrI

(2) stroll:   to walk leisurely as inclination directs; ramble; saunter; take a walk: to stroll along the beach. 

Read more: stroll: meaning and definitions — Infoplease.com http://dictionary.infoplease.com/stroll#ixzz22HhlxlJj


Now you can speak with style :)

Video seterusnya memaparkan dua lagi sinonim walk.  Ada babak mengejutkan.  Stay tuned!

Tuesday 31 July 2012

Like a tree, our vocab grows too


Berkenalan dengan Perkataan

" A word is like a face."
"Phrases are like faces."
Setiap hari kita bertembung dengan pelbagai perkataan Inggeris.
Ada yang kita kenal rapat, ada yang biasa-biasa, ada yang kita belum tahu.

Mahu kenal rapat dengan manusia, kita ambil masa.  Bertanya soalan, susun pertemuan sehingga wajah itu lekat di ingatan.

Begitu juga dengan perkataan dan ungkapan Inggeris.  Jika sebelum ini kita sekadar 'bertembung' 
dan biarkan ia berlalu, sekarang kita ambil masa belajar tentangnya.

Contoh:  walk = jalan

Bukankah menarik apabila kita boleh mempelbagaikan perkataan walk dalam perbualan dan penulisan?

Walk mempunyai ramai adik-beradik.
Antaranya, march, stroll, tiptoe, skip, cruise, limp, stagger, saunter, stride
Belum lagi kita masukkan sepupunya jump, hop, leap.

Ambil masa bagi berkenalan dengan perkataan kegemaran anda.
Hasilnya, pokok vocab anda tumbuh lebat dan bahasa anda menjadi lebih ekspresif.

Stay tuned!  Saya akan berkongsi EMPAT adik-beradik walk dalam video seterusnya.




Friday 27 July 2012

Digital Book Toy Story

Mencetus minat membaca boleh dipupuk dalam jiwa setiap anak. Rasa ingin tahu menerusi perkataan dan gambar boleh disuburkan melalui minat mereka dalam filem animasi yang mereka pernah tonton.


Kami sangat tertarik dengan Digital Book Toy Story ini. Jika ini kali pertama anda mendengar atau melihat Toy Story disini, kami ucapkan "Selamat Datang ke planet bumi!"


Anak-anak boleh menonton filem animasi ini berulang kali tanpa rasa jemu. Pengulangan mempercepatkan proses kefasihan. 



Buku digital ini memberi peluang kepada pembaca atau pengguna berinteraksi dalam pelbagai cara. Terdapat pilihan mod untuk young reader atau normal. Ada juga skrin ntuk diwarnakan serta dua games yang ringkas dan menarik.



Bagi anak yang boleh membaca dan pernah menonton, tentu ingin tahu lirik lagu tema filem ini. Di sini ia dipaparkan untuk dinyanyikan bersama. Video klip lagu itu juga disertakan.



Anak-anak boleh merakam bacaan mereka. Pilih mod rakaman dan ibubapa boleh mendengar kembali bacaan anak-anak. Mereka sendiri sudah tentu suka mendengar suara sendiri!

 

Digital Book Toys Story ini adalah app iPad. Selepas mencari, kami terjumpa banyak buku digital lain yang diadaptasi dari filem-filem animasi Disney seperti Kung Fu Panda, Cars dan banyak lagi.

Pilih filem kegemaran seisis keluarga.  Tonton berulangkali.

 Go ahead and start! Have fun catching English the FBI way!

Thursday 26 July 2012

Video Teaser :)


Siri video Family-fasih-English dalam proses pembikinan.  
Video di atas ialah siri video PositivEnglish.

I am looking forward to sharing more videos in this blog!


Children Better Prepared For School If Their Parents Read Aloud To Them

ScienceDaily (May 12, 2008) — Young children whose parents read aloud to them have better language and literacy skills when they go to school, according to a review published online ahead of print in the Archives of Disease in Childhood.
--------------------------------

Membaca dengan suara memberi manfaat kepada anak-anak.  Ia memupuk sifat suka membaca sejak awal.  Apa yang boleh dilakukan oleh ibu bapa sebagai fasilitator pembelajaran anak-anak?

Go beyond reading words.  Sebagai seorang PLF (professional learning facilitator), ibu ayah berperanan memetik suis ingin tahu di dalam minda anak-anak.  

1. Apabila cerita disertakan gambar, ajukan soalan kepada si kecil, apa yang mereka nampak.

2.  Terangkan maksud cerita.  Tanya apa yang mereka faham.

3.  Dorong mereka untuk ceritakan semula.  Bagus jika cerita yang dibaca dapat dikaitkan dengan kisah lain.  Tidak salah jika terkeluar topik.  Dialu-alukan!

Cerita yang dibaca ialah 'trigger' untuk memandu mereka memahami dunia sekeliling.  

Petikan artikel di atas (Science Daily) menerangkan bahawa gaya cerita dibaca memberi lebih kesan berbanding kekerapan aktiviti ini dilakukan.

Menarik dikongsi, gaya penceritaan ibu bapa middle-class berbeza dengan ibu bapa working class.

Golongan middle class menggunakan gaya yang lebih interaktif.  Ada elemen dua hala.  Mereka membuat hubungkait antara cerita yang dibaca dengan pengalaman yang pernah dilalui.  

Ibu bapa juga menerangkan maksud perkataan baru kepada anak-anak.

Seperkara lagi, motif watak-watak dalam cerita juga dibincangkan.

Berbeza dengan golongan working class yang lebih selesa menerangkan gambar dan terhad kepada cerita sahaja.

Bagi ibu ayah yang menjadi pembaca, read aloud membantu anda:


1.  Membaca perkataan satu persatu.  This is a good practice for pronunciation.  
2.  Membaca dengan tempo lebih perlahan.  You read every word and this helps you and the child to catch what the story is about.
3.  Melihat 'grammar in action'.  
4.  Merangsang otak (dipetik dari buku Train the Brain oleh Dr Kawashima)




Think:  We recite the Quran - read with voice.  Read aloud.  Magical!

Monday 23 July 2012


Start small and consistent.
Choose one expression a week.
For example, this week's stylish word is:  Of course.

Setiap kali anak ajukan soalan dan permintaan, ubah jawapan dari YA kepada 'Of course.'
Senyum :)

Ibu ayah memudahcara perolehan bahasa Inggeris anak-anak dengan memodelkan penggunaan 'of course'.
Usaha kecil dibuat berterusan akan mendatangkan hasil.